Isnin, 17 Oktober 2011

sejarah KG PT SERI DALAM...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Kampung Parit Seri Dalam dibuka pada tahun 1917 oleh Tuan Haji Ali Bin Mangon sebagai ketua kampung pada ketika itu dan menamakan kampung ini sebagai Sri dalam kerana jarak kampung ini yang jauh pada masa itu daipada pekan Senggarang dan Parit raja.

Manakala pada tahun 1930, Tuan haji Abd Rahman (ketua kampung ke-2) telah mewujudkan Lapis Sri Dalam setela penduduk semakin ramai dan bertambah.

Seterusnya, Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman dilantik sebagai ketua kampung pada tahun 1952, diikuti Encik Ismail Bin Md Dasim (1956), Encik Shiri Bin Pali (1957), Tuan Haji Mohamad Bin Taib (1962), Tuan Haji Ibnu Bin Ismail (1989), Encik Supa'at Bin Salikin (2007) dan Tuan Haji Md hah Bin Kasnan (2009 hingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan